Sumber: Harian Metro
Kuantan: Harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka akan diturunkan bermula perlawanan ketiga hari ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dibuat pihaknya selepas berbincang dengan penganjur kejohanan, ProEvents International (M) Sdn Bhd.
Sehubungan itu harga tiket bagi tempat duduk bebas dan utama di Stadium Darul Makmur diturunkan kepada RM20 dan RM50 berbanding RM38 dan RM68 sebelum ini.
Bagi perlawanan antara Singapura dan Myanmar di Stadium Mini Temerloh hari ini, tiket bagi tempat duduk bebas berharga RM20 dan tempat duduk utama berharga RM25 berbanding RM28 dan RM38 sebelum ini.
“Saya harap penurunan harga membolehkan peminat di Pahang, khususnya Kuantan dapat hadir bagi menyaksikan perlawanan,” katanya.
Hamidin berkata harga tiket yang mahal yang ditetapkan sebelum ini tidak dapat dielakkan disebabkan kos perbelanjaan kejohanan tinggi.
No comments:
Post a Comment