Monday, September 30, 2013

Hodak berang TRW longlai

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak berpuas hati apabila menyifatkan kekalahan 2-4 kepada Johor Darul Takzim pada suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin berpunca daripada aksi paling teruk pemainnya sepanjang dua tahun membimbing pasukan itu.

Kekalahan juara bertahan itu bakal memberi tekanan pada aksi kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.



Hodak berkata, pemain banyak memberi ruang kepada Harimau Selatan untuk membolosi gawang.

Katanya, selepas membuat pertukaran pemain dan mengubah percaturan, The Red Warriors (TRW) kembali bangkit pada babak kedua dan berjaya mengekang asakan tuan rumah selain terpaksa akur dengan dua jaringan sebagai bekalan perlawanan timbal balik.


“Saya tidak melihat mereka bermain seteruk ini pada babak pertama,” katanya.


Selain itu Hodak berkata, persembahan mantap tiga pemain tonggak lawan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali dan Nurul Azwan Roya banyak memberi kelebihan kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, Hodak berjanji Kelantan akan bangkit di hadapan penyokong sendiri nanti.


“Sebenarnya pasukan lawan tidak memberi tekanan, tapi kami sendiri yang melakukan kesilapan dan membenarkan mereka menguasai perlawanan.

“Saya harap keadaan ini tidak berulang dan berharap penyokong memenuhi stadium memberikan sokongan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...