Wednesday, September 4, 2013

Presiden MAFA enggan kekal lama

Sumber: Harian Metro

Melaka: Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Idris Haron hanya akan memegang tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dalam tempoh tiga ke empat tahun sebelum tugas itu diserahkan kepada presiden baru.

Menurutnya, beliau tidak berhajat menerajui persatuan itu untuk tempoh panjang sambil mengharapkan pasukan ketika di bawah pentadbirannya mampu mencipta kejayaan memberangsangkan selepas terbenam tiga musim di Liga FAM.



Katanya, skuad Melaka perlukan perubahan drastik termasuk keperluan ditunjangi pemain muda berkaliber tambahan selepas skuad bawah 15 tahun mereka muncul juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejayaan muncul naib juara bagi skuad bawah 18 tahun pada kejohanan sama jelas memperlihatkan Melaka memiliki ramai bakat besar yang mampu diberi tanggungjawab menggalas cabaran skuad negeri itu pada masa depan.


Menurutnya, selaras dengan itu MAFA akan menerima penjenamaan semula dengan kemungkinan menukar nama ke Melaka United (MU) menerusi corak pentadbiran berbeza.


“Saya harap penstrukturan semula itu mampu mengubah wajah suram Melaka di persada bola sepak tempatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...