JUMPA di mahkamah nanti! Itulah saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Che Mat Jusoh selepas menemui jalan buntu mencari penyelesaian penamatan kontrak bekas ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris.
Che Mat yang juga pengurus pasukan berkata, khidmat peguam mungkin terpaksa digunakan selepas Mat Zan menolak pemberian bayaran pampasan berjumlah dua bulan gaji.
“Mengikut kontrak ditandatangani, pihak kami cuma perlu membayar satu bulan gaji kepada jurulatih andai kontraknya ditamatkan awal. Kami sudah menawarkan dua bulan gaji sebagai pampasan, namun Mat Zan tidak setuju dan meminta kami membayar semua gajinya hingga akhir tahun ini,” katanya.