Thursday, August 4, 2011

Ambil iktibar kalah kepada Singapura

FAM akan atur lebih banyak perlawanan kompetitif sebagai pendedahan kepada pemain 

“BERILAH mereka masa, mereka masih muda. FAM sendiri akan mengatur lebih banyak perlawanan kompetitif sebagai pendedahan kepada pemain yang kebanyakannya masih muda dan perlu menimba sebanyak pengalaman, terutama di peringkat antarabangsa.”

Itu suara Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (atas kanan) yang segera mahu mengambil iktibar selepas kekalahan Harimau Malaya kepada Singapura pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia bagi zon Asia lalu.


“(Pada pertemuan itu), pemain Singapura nampak lebih matang, lebih serius dan mereka bersungguh-sungguh untuk menang sedangkan pemain kita masih muda dan kurang pengalaman antarabangsa,” katanya selepas Majlis Pengurniaan Sumbangan dan Zakat di Masjid al-Muadzam Shah di Muadzam Shah, Rompin. 

Tengku Abdullah bagaimanapun berkata, banyak faktor lain turut mempengaruhi keputusan perlawanan termasuk aspek taktikal, pemilihan pemain dan corak permainan. 

Sehubungan itu, katanya, perkara itu akan dikaji dengan lebih teliti dalam mesyuarat teknikal dan selepas post mortem diadakan manakala jurulatih Datuk K Rajagobal perlu mempunyai segala perancangan bagi meningkatkan semula prestasi Harimau Malaya. 

“Kita perlukan masa tetapi pada masa sama saya berharap jurulatih dapat membentuk pasukan mantap untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 di Australia.” 

Pasukan negara akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Oman di Muscat Selasa depan dan Indonesia pada September manakala skuad Olimpik yang kini berlatih di Slovakia, diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Syria dan Bahrain. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...