Saturday, August 6, 2011
Rafiuddin tekad rebut kesebelasan utama Yob
PENYERANG Harimau Muda A, Muhammad Rafiuddin Roddin berazam merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan barunya, Perak dalam kancah Piala Malaysia bermula 9 September nanti.
Bagi pemain sayap kiri itu peluang beraksi dalam saingan berprestij itu tidak akan disia-siakan untuk membuktikan kemampuan sebenarnya selepas digugurkan dari skuad bimbingan, Ong Kim Swee ke Slovakia.
Malah Rafiuddin, 22 bertekad membalas kepercayaan pegawai-pegawai Seladang dengan membantu Perak yang bakal tampil tanpa lima tonggak utama gara-gara penggantungan.
“Saya berazam member persembahan terbaik kepada pasukan Perak. Lagipun peluang beraksi dalam kancah Piala Malaysia tidak seharusnya dilepaskan,”katanya .
Menurut pemain itu dia kini hanya menunggu masa untuk menurunkan tandatangan di kontrak selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus Perak, Khairul Azwan Harun, baru-baru ini.
“Pada dasarnya persetujuan sudah dicapai, cuma tunggu masa untuk tandatangan perjanjian sahaja,”katanya.
Raifiuddin yang sedang berusaha menyesuaikan diri dengan pasukan bimbingan Norizan Bakar sudah bersama Perak selama hampir tiga minggu.
“Perak antara pasukan kelompok atas . Saya bangga kerana mendapat kepercayaan pegawai Perak. Bukan mudah merebut tempat dalam pasukan ini kerana memilki ramai pemain berbakat.
“Apapun saya akan cuba dan tidak akan melepaskan peluang jika diberikan nanti,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment