Friday, August 19, 2011

China destinasi skuad Olimpik


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa skuad Olimpik negara bakal menjalani latihan di China bermula 9 September depan.
Ia sebagai persiapan terakhir sebelum skuad B-22 negara itu terus terbang ke Tosu, Fukuoka untuk menghadapi Jepun pada aksi sulung pusingan akhir Kelaya- kan Olimpik 2012, 21 September depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, lokasi latihan dan tempat penginapan untuk skuad negara di China sudah pun diperoleh.
“Cuma yang menjadi masalah, kita masih cuba mendapatkan pengesahan bagi mendapatkan dua perlawanan persahabatan menentang kelab China.
“Buat masa ini, kita masih belum mendapat pasukan dan tetap akan berusaha mendapatkan juga pasukan lawan kerana tiada guna kita ke China hanya untuk berlatih.
“Apa pun lokasi dan tempat latihan telah kita sahkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Siri latihan dan perlawanan persahabatan yang dirancang FAM itu pastinya satu persiapan terbaik buat skuad Olimpik yang memerlukan kesinambungan selepas sebulan ‘bertapa’ di Slovakia ketika ini.
Selepas mengharungi lima aksi persahabatan di Slovakia, skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee itu cemerlang dengan mencatat empat kemenangan dan hanya tewas sekali.
Terbaharu pada Selasa lalu, skuad negara berjaya menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Dolny Kubin 2-0 menerusi jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ahmad Hazwan Bakri.
Dua lagi perlawanan bakal menyusul mereka pulang ke tanah air pada 28 Ogos dan hanya bercuti beberapa hari menyambut Aidilfitri sebelum kem latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bersambung pada 1 September.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...