Tuesday, August 16, 2011

Benteng Selangor kebal


SELANGOR nampak kebal dalam tiga perlawanan persahabatan setakat ini.
Namun selepas menewaskan skuad kebangsaan 1-0 pada 6 Ogos lalu, Selangor hanya berjaya menewaskan ATM 1-0 pada aksi yang berlangsung 10 Ogos lalu dan seri 0-0 dengan Felda United, Sabtu lalu.
Keputusan yang mereka capai itu menggambarkan bahawa jentera serangan Selangor masih belum mencapai tahap yang dikehendaki menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September depan.
Jurulatih Selangor, K. Devan berkata, masalah penyudah sememangnya menjadi kebimbangan mereka sejak penghijrahan Mohd. Safee Sali ke Pelita Jaya pada Februari lalu.
Namun tempoh tiga minggu sebelum sepak mula saingan Kumpulan D yang turut melibatkan T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM bakal digunakan sepenuhnya oleh Devan untuk mengatasi masalah tersebut.
"Untuk menghadapi Piala Malaysia ini, kita cuba menggunakan posisi yang baharu iaitu Rudie Ramli dan Amri Yahyah bakal bergandingan di bahagian sera- ngan, manakala Fadzli Saari di posisi tengah menyerang.
"Haziq Zikri Elias pula di sayap kanan dan Fitri Shaz- wan Raduwan di sayap kiri, manakala Hardi Jaafar kembali ke posisi tengah bertahan setelah lebih beraksi di bahagian sayap kiri sepanjang saingan Liga Super.
"Jadi sudah tentu ini semua memerlukan masa untuk benar-benar berfungsi. Kami baru mencuba kombinasi ini dalam tiga perlawanan sebelum ini, jadi ia memerlukan sedikit masa.
"Tetapi mengikut statistik, kita banyak mencipta peluang sepanjang tiga perlawanan ini. Cuma jaringan besar masih gagal diperoleh," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selangor seterusnya akan menanti kunjungan Kelantan di Stadium Shah Alam malam esok untuk perlawanan persahabatan keempat disusuli pertemuan dengan Johor FC (21 Ogos), Sime Darby (24 Ogos) dan Negeri Sembilan (27 Ogos).
Devan turut memberitahu bahawa tiga pemain kebangsaan, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Asraruddin Putra Omar hanya akan menyertai pasukan esok setelah diberi rehat sebaik menamatkan kem latihan skuad kebangsaan pada Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...