SELANGOR terpaksa mengetepikan salah seorang pemain pinjaman mereka, D. Saarvindran bagi membawa masuk penjaga gol USM FC, G. Jeevananthan untuk saingan Piala Malaysia musim ini.
Sebelum ini, Selangor telah mengumumkan tiga pemain pinjaman mereka iaitu Saarvindran, 19, yang merupakan kapten Harimau Muda B serta dua pemain Harimau Muda A yang tidak ke Slovakia, Nazri Ahmad, 21, dan Haziq Zikri Elias, 20.
Namun Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, keputusan itu terpaksa dibuat setelah penjaga gol ketiga, Fairul Azwan Shahrullai mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada sesi latihan minggu lalu.
"Memang pada awalnya kami sudah menamakan tiga pemain iaitu Saarvindran, Nazri dan Haziq sebagai pemain pinjaman kita untuk kempen Piala Malaysia musim ini.
"Tetapi kecederaan dialami Fairul ini menyebabkan kita tiada pilihan kecuali terpaksa menggugurkan salah seorang pemain dan keputusan telah dibuat iaitu mengetepikan Saarvindran.
"Untuk mengisi ketiadaan Fairul, kita telah bersetuju mengambil Jeevananthan untuk bersama-sama dua penjaga gol sedia ada iaitu Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar," kata Hamidin ketika dihubungiKosmo! semalam.
Jeevananthan, 31, biarpun hanya beraksi bersama USM FC dalam saingan Liga Premier musim ini merupakan seorang penjaga gol berpengalaman kerana pernah beraksi dengan Johor FC.
Selangor kendalian jurulatih, K. Devan kini dalam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33 selain menamatkan kemarau panjang setelah kali terakhir menjuarainya pada 2005.
Sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia, Selangor akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal di Stadium Shah Alam
No comments:
Post a Comment