Tuesday, August 9, 2011

Alberts akui laluan berliku


JURULATIH Sarawak, Robert Alberts tidak dapat menyembunyikan kegelisahan dan mengaku pasukan bimbingannya berdepan laluan sukar menjelang saingan Piala Malaysia, September ini.

Bagaimanapun, Alberts tidak mahu menjadikan semua itu sebagai alasan sebaliknya menggesa pemain lebih bersedia memandangkan saingan cuma tinggal sebulan lagi.

“Meskipun diundi bersama pasukan hebat dalam Kumpulan C, saya tetap yakin pemain mampu mencipta kejutan,” katanya.


Sehubungan itu, beliau memberi arahan kepada pemain tidak menyerah kalah.

Undian Piala Malaysia menyaksikan Sarawak diundi bersama-sama juara bertahan, Kelantan selain Johor FC dan Felda United.

Alberts menghormati kemampuan Kelantan sebagai pasukan pilihan menjuarai peringkat kumpulan selain berdepan pertarungan sengit dengan Johor FC dan Felda United bagi merebut satu lagi slot ke suku akhir.



“Kita harus menerima realiti Sarawak bukan pasukan besar yang memiliki pemain bintang berbanding pasukan lain yang bermain dalam Liga Super tapi harapan saya adalah untuk pemain membuat kejutan.” Sarawak meminjam dua pemain Tentera walaupun perancangan awal Alberts adalah mendapatkan khidmat seorang pemain pertahanan Sime Darby bagi mengimbangi kekuatan pasukannya.

Bagaimanapun, kehadiran dua pemain berasal dari Pulau Pinang itu banyak membantu menguatkan pasukan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...