Friday, August 5, 2011
Norizan hilang separuh kekuatan
IBARAT malapetaka! Begitulah rumusan ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar mengenai kemungkinan terpaksa mengharungi kempen Piala Malaysia 2011 bermula 9 September depan tanpa lima tonggak yang digantung.
Walaupun tidak menyatakan secara terang tapi dari apa yang digambarkan jurulatih itu, ternyata Shahrulnizam Mustafa, Nasril Nourdin, Akmal Rizal Ahmad Rakhili, Azmeer Yusoff dan Mohd Syazwan Roslan adalah nadi pasukan.
Justeru ketiadaan mereka yang digantung tujuh perlawanan boleh melumpuhkan pasukan kerana Perak bagaikan hilang separuh kekuatan.
“Perak perlukan khidmat kelima-lima mereka kerana menjadi tonggak pasukan dalam Liga Super lalu. Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi tanpa mereka nanti,” katanya.
Kelima-lima pemain digantung tujuh perlawanan atas tiga kesalahan yang pertama kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil selepas perlawanan dengan Sabah di Stadium Lumut 19 Mei lalu dalam saingan Liga Super; kedua lewat memberi menjawab surat pertuduhan dan ketiga menghina Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Selain itu masing-masing juga dikenakan denda RM5,000. Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sudah mengemukakan rayuan tapi belum ada sebarang perkhabaran daripada badan induk bola sepak negara membuatkan Norizan berada dalam dilema.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment