Wednesday, August 17, 2011

Trio baru penggempur

Karathu lega penyerang pinjam serasi dengan Mat Yo 

WATAK garang dijelmakan trio penggempur dalam siri persahabatan, baru-baru ini mula meyakinkan Datuk M Karathu betapa juara bertahan, Kelantan sudah menemui jentera serangan yang harus berfungsi baik dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

Kelibat dua penyerang yang dipinjam dari Pahang – Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran bersama tonggak skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dalam siri persahabatan membuat ketua jurulatih Red Warriors bertambah lega.
“Mereka adalah pemain berpengalaman. Tidak menjadi masalah kepada mereka mencari keserasian dalam pasukan baru disertai, malah mereka memberi tanda positif ketika ini. 

“Dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur Azammuddin dan Surendran masing-masing menjaringkan satu gol membantu pasukan. Apa lebih menggembirakan Mat Yo (Norshahrul) sudah dapat diturunkan selepas berehat panjang akibat kecederaan,” katanya, semalam. 

Kelantan membuka kempen menentang Sarawak dalam saingan Kumpulan C pada 6 September ini di Kuching. 

Apa pun Karathu menambah dia harus memantau kualiti milik Azammuddin dan Surendran walaupun mereka menunjukkan prestasi baik ketika menentang Kuala Lumpur. 
“Perlawanan persahabatan ini akan digunakan memperbaiki prestasi dua pemain pinjaman dan juga Mat Yo sebelum memulakan aksi 6 September ini. 

“Saya turut lega melihat perkembangan Mat Yo sudah menjalani latihan selepas berehat panjang. Saya perlu memberi lebih banyak peluang kepadanya terus bermain mengembalikan sentuhan pemusnah seperti dulu,” kata Karathu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...