Friday, August 12, 2011

Terengganu pinjam pemain Harimau Muda


KUALA TERENGGANU - Pemain pertahanan Harimau Muda, Faizal Mohamad dipinjam kepada Terengganu bagi menghadapi Piala Malaysia.

Penolong Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, Faizal yang berasal dari Marang merupakan pemain tunggal yang dipinjam Terengganu.

"Untuk pertandingan Piala Malaysia, kita cuma pinjam seorang pemain pasukan Harimau Muda bagi memastikan kecemerlangan kita dalam kejohanan itu," katanya semalam.
Beliau percaya barisan pertahanan Terengganu akan bertambah kental dengan kehadiran pemain tersebut.

"Faizal mula berlatih sejak semalam bersama-sama pemain yang lain," katanya yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Sheikh Tajudin juga berkata, walaupun pemain pertahanan Mohd. Zubir Azmi tidak dapat bersama Terengganu dalam empat perlawanan awal, ia tidak membimbangkan kerana ada pengganti kepada pemain itu.

Mohd. Zubir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan.
Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby diletakkan dalam Kumpulan B undian Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...