KUALA LUMPUR - Ahli akademik tempatan menyatakan sokongan terhadap cadangan membawa masuk seorang pakar ke dalam barisan kejurulatihan membantu pengendali utamanya, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Tan Chee Hian berkata, ia merupakan langkah tepat kerana pembantu yang dikenali sebagai penasihat taktikal akan dapat memberikan input terbaik kepada Rajagobal dalam perancangan untuk menghadapi sesuatu perlawanan.
“Ada baiknya mewujudkan jawatan sedemikian dalam skuad bola sepak negara, maka Rajagobal bolehlah merujuk kepada penasihat berkenaan untuk mendapatkan idea tambahan, atau sebagainya semasa membuat perancangan taktikal.
“Namun, seseorang penasihat taktikal itu hanya perlu diberi kuasa terhad kerana akhirnya, Rajagobal berhak menjadi pembuat keputusan terakhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Mengenai sama ada calon tempatan atau asing patut diupah untuk jawatan itu, katanya, ia terpulang kepada kriteria yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Jika FAM sanggup mengeluarkan peruntukkan untuk tujuan itu, bolehlah ambil calon asing tetapi dia mesti seorang yang berwibawa.
“Sekiranya tidak, calon tempatan pun lagi bagus. Ini kerana dia lebih masak dengan selok belok bola sepak di negara ini, justeru lebih relevan.
“Apa sekali pun, mereka yang layak dilantik untuk jawatan tersebut haruslah seorang yang latar belakangnya menyakinkan dan mampu kebaikan kepada Harimau Malaya,” ujarnya.
Pandangan Chee Hian turut disokong bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Prof. Madya Dr. Arzmi Yaacob yang berpendapat jawatan dengan peranan memberi nasihat sepatutnya ada dalam sesebuah pasukan bola sepak.
Menurut beliau, meskipun tidak pasti bagaimanakah cara skuad Harimau Malaya dikendalikan Rajagobal, namun barisan kejurulatihan dalam sesuatu pasukan itu sewajarnya memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.
“Misalnya, akan ada seorang jurulatih mengendalikan latihan serangan dan bahagian pertahanan pula ada jurulatihnya sendiri.
“Selain memainkan peranan masing-masing, mereka juga akan memberikan cadangan kepada ketua jurulatih seperti Rajagobal yang akan bertindak sebagai penyelarasnya dan membuat keputusan terakhir,” katanya.
Nampak gaya semakin hari memang diakui akan kepentingan jawatan teknikalbukan hanya bidang bola sepak tetapi badan atau bidang sukan yang lain selagi sukan yang ingin menuju ke arah profesional naknya...Cuma buat COVID 19 melanda maka segalanya kena "slow down" ok.
ReplyDelete