PASUKAN negara menjalani latihan akhir di di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam menjelang aksi persahabatan menentang Singapura, Jumaat. utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED |
PETALING JAYA - Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal mahu skuad Harimau Malaya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan menentang Singapura, Jumaat ini dan melupakan keputusan seri 0-0 dengan Filipina, minggu lalu.
Biarpun banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau yang tetap memuji prestasi anak buahnya di Shah Alam, sambil menuntut mereka kembali fokus dengan fikiran dan keinginan untuk menang di Stadium Jalan Besar, Singapura pula.
Katanya sebelum sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, dalam proses membina pasukan menjelang Piala Suzuki AFF, November depan, inilah antara keputusan yang akan kita alami. Perlawanan dengan Filipina sudah berakhir dan kini masanya kita tumpukan Singapura.
"Perlawanan dengan pasukan negara jiran seperti Singapura mahupun Indonesia memang sentiasa sengit tetapi ia pasti berbeza ketika kelayakan Piala Dunia, tahun lalu (kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar)," kata Rajagobal.
Katanya, penyerang utama negara, Safee Sali pula hanya akan menyertai pasukan sebaik tiba di Singapura, hari ini,kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan dengan kelab Pelita Jaya Indonesia.
"Safee memang kecewa dan marahkan dirinya dengan kegagalan menyudahkan peluang jaringan menentang Filipina lalu.
"Dia hanya perlu kembali gagah dan bangkit bagi perlawanan akan datang," katanya.
Penyerang muda Terengganu, Ashari Samsudin pula berpeluang untuk kembali dalam kesebelasan utama walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan terlepas peluang menentang Filipina.
No comments:
Post a Comment