Saturday, June 16, 2012

Liga Super/Perdana 2012: Tentera terajui semula Liga Perdana


BH Online

AKSI Liga Perdana yang kembali bersambung selepas berehat sebulan menyaksikan kedudukan Tentera sebagai pendahulu terus kekal selepas mengikat pencabar terdekat, Pahang 3-3 dalam aksi di Stadium Temerloh, malam tadi.

Di babak pertama, skuad Tok Gajah tidak perlu menunggu lama apabila berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Maycon Calvalho seawal minit kelapan sebelum Fauzi Roslan menambah derita Tentera pada minit terakhir separuh masa.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat seperti mula mendapat tonik baru selepas berjaya mendapatkan dua gol hasil jaringan Christie Jayaselan pada minit ke-46 dan Marlon Alex James enam minit selepas gol pertama diperoleh.


Bagaimanapun, Pahang sekali lagi berada di depan apabila Maycon meledak gol keduanya selepas mengambil peluang bola muntah hantaran Azamuddin Akil minit ke-72 menerusi Maycon sebelum Azmi Muslim menjadi penyelamat untuk gol penyamaan menjadikan kedudukan terikat 3-3. 

Di Stadium MP Selayang, naib juara Piala FA, Sime Darby terus mengekalkan rentak cemerlangnya hasil kemenangan tipis 1-0 mengatasi Johor menerusi jaringan Zamri Hasan pada minit ke-85. 

Di Stadium Hang Tuah, Melaka, NS Betaria yang beraksi di gelanggang sendiri masih belum menjamin tiga mata penuh apabila dibelasah 0-4 oleh Pos Malaysia. 

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda B yang kurang menyerlah pada pusingan pertama kembali mencatatkan kemenangan apabila berjaya mengatasi USM 2-1. 
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis yang kini menduduki di tangga kedua tercorot terus menjadi ‘lauk’ apabila dibelasah 3-5 oleh Polis. 

Di Stadium Pasir Gudang, MBJB tewas buat kali ke 14 dan kali ini tunduk 0-2 kepada kelab senegeri, MP Muar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...