Saturday, June 9, 2012

Pengadil bantu Singapura?


Safiq Rahim menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi sepakan bebas pada minit ke-59 pada aksi persahabatan menentang Singapura, semalam.


KUALA LUMPUR - Harimau Malaya terpaksa seri 2-2 menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Tambak 2012 dan gagal membalas dendam kekalahan 3-5 pada kelayakan Piala Dunia 2014 tahun lepas.

Bagaimanapun bukan aksi longlai yang dipersoalkan tetapi keputusan pengadil perlawanan, Ng Kai Lam dari Hong Kong pada 10 lima minit terakhir perlawanan mencetus tanda tanya.

Ia bermula dengan pemberian penalti, diikuti kad kuning kepada Aidil Zafuan Abd. Radzak dan sepakan percuma di dalam kotak penalti Malaysia.


Selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Md. Akil (minit 42) dan sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim (minit 59) skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal dikejutkan dengan pemberian penalti kepada Singapura pada minit ke-83 apabila Kai Lam mendakwa penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mengasari Khairul Nizam.

Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Qiu Li.

Namun tidak disangka Kai Lam memberikan sepakan percuma di dalam petak penalti kepada Singapura kerana mendakwa Aidil menyebut perkataan yes dan turut melayangkan kad kuning kepada pemain (ATM) itu.

Sepakan percuma di dalam petak penalti dimanfaatkan sebaik mungkin dan berjaya disempurnakan Shahdan Sulaiman, sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan deras dari luar petak penalti pada masa kecederaan.

Menurut Rajagobal, lima minit terakhir perlawanan mengubah segala-galanya.

"Saya melihat dari jauh ia bukanlah situasi yang sepatutnya memberikan sepakan penalti, tiba-tiba mendapat sepakan percuma pula dalam petak penalti tetapi memang kita datang di sini adalah untuk bermain dengan baik," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...