SINGAPURA sedia memberi tentangan kepada Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam ini meskipun skuad kendalian Radojko Avramovic itu tampak pincang dengan ketiadaan tujuh pemain utama yang menjalani latihan Khidmat Negara.
Memburukkan lagi keadaan apabila dua pemain Shi Jiayi dan Shaiful Esah belum pasti dapat diturunkan kerana masing-masing masih dibelenggu kecederaan.
Bagaimanapun penolong jurulatih skuad Singa, Aide Iskandar tetap optimis mereka masih mempunyai pilihan pemain lain termasuk memanggil semula penyerang berusia 41 tahun, Aleksandar Duric ke dalam skuad selepas diketepikan daripada perlawanan pertama yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Jalan Besar Jumaat lalu.
“Kami tidak bernasib baik kerana tidak dapat menggunakan pemain yang masih terikat dengan Khidmat Negara. Tapi kami sebenarnya sudah membuat persediaan awal apabila tidak menurunkan pemain-pemain ini dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong sebelum ini.
“Saya yakin mereka akan memberikan aksi terbaik untuk pasukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment