Monday, June 18, 2012

Penyokong Sarawak lebih tertib


Harian Metro

HUKUMAN dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan mengarahkan Sarawak beraksi dalam stadium yang kosong sebelum ini banyak memberi pengajaran kepada penyokong Ngap Sayot apabila perlawanan menentang Selangor di laman sendiri malam tadi berlangsung dengan aman.

Walaupun tumpas 0-1 kepada pelawat selain pengadil gagal menghadiahkan penalti selepas pemain tuan rumah dijatuhkan dalam kotak penalti, penyokong Sarawak tetap menerimanya dengan hati terbuka.


Sebelum ini penonton diberi amaran supaya berkelakuan baik dan tidak melakukan kekecohan bagi mengelakkan tindakan sama diambil FAM terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

FAM turut menjatuhkan hukuman beraksi empat perlawanan tanpa penyokong namun ditarik balik selepas menerima rayuan FAS.

Timbalan Presiden FAS, Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, seramai lima pegawai FAM turut memantau perlawanan itu.

Pada perlawanan itu, Sarawak mencatat kekalahan kelapan apabila jaringan tunggal pemain import Selangor, Basko Balaban dari luar kotak penalti pada minit kelapan membantu pasukan Lembah Klang itu melonjak tangga ke tiga dengan mengumpul 30 mata daripada 19 perlawanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...