Sunday, June 17, 2012

Kelantan tunjuk belang


BH Online

Lions XII kekal di persada Liga Super belasah Sabah 

SELEPAS berehat panjang, Kelantan terus tampil garang memberikan tekanan ke atas Lions XII di puncak Liga Super apabila berjaya mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Kedah, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan dua pasukan teratas apabila pencabar terdekat mereka itu berpesta gol membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar - sekali gus mengumpul 47 mata, enam mengatasi Kelantan.


The Red Warriors mendahului pada minit ke-45 gara-gara kealpaan pelawat apabila Mohd Fazliata Taib tertampan bola masuk ke dalam gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang penyerang import tuan rumah, Mohammad Ghaddar. 

Selepas rehat, Ghaddar sekali lagi membuktikan ketajamannya depan pintu gol lawan dan kali ini bijak menyempurnakan hantaran cantik Norfarhan Mohamad untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias. Kedah mendapat gol sagu hati pada minit ke-88 menerusi Khyril Muhymeen namun usaha itu dianggap sudah terlambat. 

Di Stadium Jalan Besar, Singapura mendahului lawan 3-0 hasil jaringan Agu Casmir pada minit ke-19 dan diikuti dua gol Hariss Harun (m22 dan 41). 

Selepas rehat, tuan rumah mengganas dengan menambah enam lagi jaringan menerusi Shahdan Sulaiman (62,64), Irwan Shah (68), Hariss Harun (73), Sufian Anuar (84) dan gol sendiri oleh pemain tengah Sabah, Shahrul Azhar Ture seminit sebelum permainan tamat. 

Di Stadium Hang Jebat, FELDA United mengejutkan Negeri Sembilan 1-0 hasil jaringan Faderin Kadir pada minit ke-74 manakala jaringan tunggal penyerang import Selangor, Bosko Balaban pada minit ke-8 membantu Merah Kuning menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching. 

Di Stadium Perak, kegagalan Arthur Henrique menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa kedua menyaksikan Johor FC gagal untuk menyamakan keduduk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...