Tuesday, June 5, 2012

Norshahrul perlu bermain lebih perlawanan


Sumber: ESPNSTAR.my

Prestasi Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan meningkat selepas persembahan yang kurang cemerlang dalam perlawanan menentang Filipina Jumaat lalu.

Penyerang Kelantan itu masih belum menjaringkan gol untuk Malaysia sejak kemenangan Piala AFF mereka pada tahun 2010 akibat mengalami banyak kecederaan.

Norshahrul berkata memang tidak dapat dielakkan bahawa selepas dua bulan tidak beraksi, beliau akan perlukan masa untuk kembali bermain seperti sebelum ini.


"Saya tidak boleh kata saya kecewa. Selepas bermain hanya empat atau lima perlawanan musim ini, ia jelas saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan kecergasan saya kembali.

"Saya rasa dengan lagi dua atau tiga lagi perlawanan, saya akan kembali cergas," kata Norshahrul selepas perlawanan hari Jumaat itu.

Norshahrul bermain bersama Safee Sali di bahagian serangan buat pertama kali sejak kekalahan 5-0 kepada Australia pada Oktober tahun lalu dan terdapat tanda-tanda bahawa mereka akan kembali berikan persembahan yang hebat.

"Ia berkaitan dengan keyakinan saya dan juga dalam perlawanan itu (menentang Filipina), rakan sepasukan saya berada di posisi yang lebih baik untuk menjaringkan gol. Dalam perlawanan pertama saya sejak saya kembali, saya tidak mahu merumitkan perkara dan lebih suka bermain 'simple'," kata Norshahrul.

Jurulatih K. Rajagobal berkata beliau mahu melihat bagaimana penyerang-penyerangnya akan bergabung semula selepas lama tidak bermain bersama-sama.

"Kami mahu melihat kombinasi antara Norshahrul dan Safee, terutama sekali Norshahrul yang tidak bermain seperti yang beliau mampu.

"Tetapi mereka bermain dengan baik menentang sebuah pasukan yang fizikal. Safee bermain perlawanan yang sukar, dan jika kami berikan dia masa, dia akan mendapatkan kekuatannya kembali.

"Norshahrul juga menunjukkan mengapa dia sangat penting untuk pasukan ini dengan mencipta peluang-peluang untuk rakan pasukannya," kata Rajagobal.

Benteng pertahanan Malaysia, yang diketuai oleh Aidil Zafuan Radzak dan Fadhli Shas, bermain dengan baik untuk menyekat Filipina.

Tetapi mereka akan menghadapi ujian yang lebih sukar apabila menentang Singapura di Stadium Jalan Besar pada hari Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...