Friday, June 1, 2012

Landasan terbaik: Kim Swee


Harian Metro

KEJAYAAN mengikat kelab gergasi Hungary, Honved Budapest seri 0-0 pada aksi persahabatan terakhir dalam siri jelajah skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara di Budapest, Hungary kelmarin mencetuskan keyakinan kepada pengendali, Ong Kim Swee mereka kini berada di landasan terbaik.

Namun itu tidak bermakna pemain sudah boleh mendabik dada kerana Kim Swee menuntut aksi lebih konsisten khususnya pada kejohanan sebenar, kelayakan Piala Asia 2013 B-22 di Myanmar bermula 23 Jun ini.


“Saya nampak ada peningkatan pada perlawanan ini selepas kita tewas 5-0 kepada Ferencvaros dan seri 2-2 dengan pasukan pilihan Brazil.

“Pemain lebih berdisiplin, mengawal permainan dengan baik menentang Honved iaitu pasukan yang lebih bagus dari Ferencvaros.

“Tapi kita perlu konsisten, jika boleh bermain dengan baik menentang Honved, kita boleh melakukan perkara sama menentang Korea Selatan pada aksi kelayakan pertama nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...