Monday, April 25, 2011

Penyokong Kedah berang

SEBAHAGIAN penyokong Kedah berkumpul secara aman di luar pekarangan Stadium Darul Aman malam kelmarin sebagai tanda protes terhadap keputusan pengadil Shokri Nor.

TANPA diduga, pengadil yang mengendali- kan perlawanan Liga Super antara Kedah dengan Harimau Muda A di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin telah 'menarik minat' penyokong skuad Hijau Kuning.
Shokri Nor menjadi sasaran ribuan penyokong skuad Kedah setelah beberapa ke- putusannya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.
Ketidakpuasan itu bukan sahaja berlaku ketika perlawanan, malah berlarutan ke pe- karangan stadium sehingga memaksa anggota keselamatan meminta mereka bersurai setelah kira-kira 10 minit berhimpun sebagai protes kepada Shokri.
Bagi penolong jurulatih Kedah, Radhi Mat Din, beliau menyerahkan kepada penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut untuk menilai kredibiliti Shokri.
"Saya bukan mahu menuding jari menya- lahkan sesiapa tetapi penonton di stadium boleh menilainya," kata Radhi ketika ditemui pemberita selepas perlawanan yang berkesudahan Kedah tewas 1-2 kepada Harimau Muda A.
Shokri turut dibantu dua penolong pengadil, M. Sivanesan dan Mohd. Nazmi Na- saruddin. Pegawai keempat pula adalah Mohd. Fazli Ishak, manakala M. Selvadorai bertindak sebagai komisioner perlawanan.
Pasukan pelawat terlebih dahulu menge- jutkan tuan rumah menerusi jaringan Izzaq Faris Ramlan yang menanduk cantik hantaran sudut pada minit ke-29 dan jaringan kedua menerusi sepakan percuma Mohd. Fandi Othman minit ke-55.
Jaringan tunggal Kedah pula diperoleh menerusi sepakan penalti Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.
Difahamkan, ketidakpuasan hati penonton bermula pada babak pertama apabila Shokri tidak memberikan sepakan penalti kepada Kedah setelah bola dikatakan ditampan oleh seorang pemain pertahanan Harimau Muda A.
Perlawanan itu turut 'diserikan' dengan lima layangan kad kuning kepada pemain Kedah iaitu Shafizan Hashim, Amar Rohi- dan, Ahmad Fauzi Shaari, V. Thirumurugan dan Mohd. Faizal Abu Bakar serta A. Tha- mil Arasu dari Harimau Muda A.
Kemuncak kemarahan penonton apabila tambahan masa hanya diberikan selama dua minit sedangkan pada minit-minit akhir perlawanan dihentikan, berikutan berlaku kecederaan dan 'perang mulut' antara pemain kedua-dua pasukan.
Insiden itu membawa kepada layangan kad kuning kepada Shafizan dan Thamil Arasu.
Radhi yang kurang gembira dengan corak pengadilan Shokri berharap perkara sama tidak berulang dan menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada mahu membuat bantahan atau sebaliknya.
"Saya akan lihat perkara ini (bantahan)," katanya.
Menyentuh mengenai perlawanan, Radhi memberitahu, pemain Harimau Muda A dilihat lebih enjoy dan mampu menguasai perlawanan dengan baik menerusi kepanta- san mereka bergerak.
Katanya, pemain Kedah pula dilihat kele- tihan selepas mengharungi perlawanan yang padat selain kehilangan beberapa tonggak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...