Monday, April 25, 2011

Azraai lega impian menang tercapai

KETUA jurulatih Negeri sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah harus dapat menarik nafas lega ketika ini apabila impiannya menyaksikan anak didik mencipta kemenangan pertama di bawah bimbingannya sejak 22 Mac lalu kini tercapai.

“Alhamdulillah, akhirnya impian saya tercapai selepas pasukan dilanda pelbagai masalah kecederaan dan penggantungan.

“Congakan secara drastik mempertaruhkan tiga pemain muda, Mohd Fiqri Adwan, Mohd Khairul Ridzuan dan Muszaki Abu Bakar nyata tidak menghampakan.“Anak muda ini menunjukkan semangat juang tinggi dan berjaya memainkan peranan berkesan mengikuti arahan diberi seperti strategi direncanakan, hingga membantu kepada kemenangan penting ini,” katanya selepas perlawanan, kelmarin.

Selain penyerang, Hairuddin Omar dan Idris Karim (tengah) yang tidak diturunkan kerana penggantungan, Ahmad Fakhri Saarani (penyerang), S Kunalan (tengah) dan Mohd Farizal Marlias (penjaga gol), turut berada di bangku simpanan - suatu tindakan berani Azraai, namun tindakan itu nyata membuahkan hasil memuaskan.

Azraai turut mengesahkan bekas penyerang Kedah dan Felda United FC, Asmawi Hassan sudah menyertai Negeri Sembilan bermula Jumaat lalu. Kehadirannya diharap dapat membantu meningkatkan lagi kemantapan jentera serangan pasukan diterajui Hairuddin dan Ahmad Fakhri.

“Saya harap kehadiran Asmawi dapat membantu menguatkan lagi barisan depan pasukan dan misi kita mencatat kemenangan sebanyak mungkin pada pusingan kedua liga ini,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...