Saturday, April 30, 2011

Ujian pertama Krecska

SHAHIDAN  (kiri)  mengucapkan tahniah kepada Krecska   selepas menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih Perlis, semalam.
SHAHIDAN (kiri) mengucapkan tahniah kepada Krecska selepas menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih Perlis, semalam

WARGA Hungary, Janos Krecska secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Perlis yang baru selepas mengikat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) di Kangar, semalam. 

Majlis bersejarah membabitkan pengendali 46 tahun itu berlangsung di pejabat Yayasan Pok dan Kassim (YPK) di Pengkalan Assam, dekat Kangar sambil disaksikan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PFA, Azhar Ahmad yang juga Pengurus Perlis dan Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz serta beberapa pegawai pengurusan pasukan.
Berikutan itu, Janos mengambil alih tugas daripada pengendali sementara, Salim Tofel Mohamad yang dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan, Mosthakeen Omar, 1 Mac lalu. 

Tugas pertama pengendali dari Hungary itu ialah apabila Perlis melayan kunjungan Harimau Muda A pada perlawanan ketiga pusingan kedua Liga Super, malam ini. 

Sementara itu, Shahidan berkata, pemilihan Krecska dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk pengalaman selaku bekas pemain dan jurulatih KL Plus pada kempen Liga Perdana musim lalu. 

“Kita yakin dengan pengalaman dan keupayaan Janos, Perlis pasti bangkit pada baki saingan selepas ini, malah tidak mustahil menang sekurang-kurangnya lapan daripada 11 baki perlawanan termasuk menentang Harimau Muda A, malam esok (ini),” kata Shahidan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...