Monday, April 25, 2011

Perlis ikat dua bekas pemain PKNS, KL Plus

MENYEDARI kegagalan barisan sedia ada untuk menggalas cabaran untuk memastikan pasukan mampu bangkit serta tidak terus berada di zon penyingkiran Liga Super, Perlis mengambil langkah membawa masuk dua ‘senjata baru’ dengan mengikat dua pemain berpengalaman yang pernah beraksi untuk skuad KL Plus, Sanjos Sundawat, 30 dan bekas tonggak tengah Selangor PKNS, Tengku Mohd Adam Tengku Mohd Rosly, 28.

Pengesahan kehadiran kedua-dua pemain itu dibuat Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz, ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA berkata, kedua-dua pemain sudah menandatangani kontrak untuk menyarung jersi Singa Utara pada 15 April lalu dan sudah didaftarkan dan mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 20 April lalu.


Ku Besry berkata, selepas disahkan sebagai anggota keluarga Singa Utara, khidmat pertama kedua-dua pemain itu ialah ketika Perlis bertandang ke Kota Bharu untuk berdepan Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV, Jumaat lalu.

Katanya, pada perlawanan yang menyaksikan Perlsi tewas 0-4 kepada skuad kendalian Datuk M Karathu itu, Tengku Mohd Adam disenaraikan dalam kesebelasan permulaan manakala Sanjos sebagai pemain gantian di akhir babak kedua.


“Selain Tengku Mohd Adam dan Sanjos beberapa pemain dari skuad pelapis khususnya Piala Presiden negeri turut ‘dinaikkan pangkat’ dengan menyertai skuad utama Singat Utara bagi tujuan itu,” katanya.


Antara pemain itu termasuk penyerang, Mohd Rizal Ghazali yang beraksi cemerlang dengan menyumbang dua gol ketika pasukan menewaskan Negeri Sembilan, 3-2, 16 April lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...