Tuesday, April 26, 2011

Jurulatih import kendali Perlis - Shahidan

KUALA LUMPUR - Perlis yang kini sedang bergelut di tangga tercorot Liga Super bakal mengikuti jejak langkah Sabah apabila bakal mengambil jurulatih dari luar negara bagi menyuntik kembali semangat perjuangan mereka daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana pada musim hadapan.

Perkara itu telah disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata selain membawa masuk jurulatih berkenaan bagi menggantikan Salim Tofel, seramai enam pemain baru akan beraksi bersama Perlis pada saingan pusingan kedua liga.

''Ini adalah usaha menyeimbangkan kekuatan pasukan yang sebelum ini banyak menggunakan pemain muda dari Piala Presiden.

''Jadi dengan adanya ramai pemain berpengalaman ini, jangan harap buat mana-mana pasukan untuk menewaskan kami dengan lebih mudah selepas ini," katanya pada sidang media Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Walaupun begitu, Shahidan enggan mendedahkan nama jurulatih itu kepada media sambil menyatakan dia akan berbuat demikian apabila tiba masanya.

''Tunggulah, saya pun tidak berapa mengenali jurulatih itu, nanti selepas saya turun ke sesi latihan skuad Perlis, saya akan beritahu kepada anda semua," katanya yang berseloroh.

Bagaimanapun, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, jurulatih berkenaan merupakan bekas jurulatih KL Plus pada musim lalu, Janos Kreska.

Kreska juga pernah bermain di Liga Malaysia bersama Laszlo Repasi di dalam skuad Perak pada tahun 1997.

Selain itu, dua nama pemain veteran yang telah disenaraikan di dalam skuad Perlis ialah Sanjos Sundawat dan Tengku Adam Tengku Rosli

Sebelum itu, Shahidan menegur penyokong-penyokong Singa Utara yang tidak begitu sabar kerana mahukan kejayaan segera tanpa mahu memberikan kepada kebanyakan pemain muda Piala Presiden Perlis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...