BARISAN Perlis yang disenaraikan berdepan Kelantan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada perlawanan pertama pusingan kedua, Liga Super malam ini diingatkan supaya melupakan detik kekalahan dengan jaringan besar di Stadium Utama Negeri Kangar, Selasa lalu.
Sebaliknya skuad Singa Utara itu yang tampil selaku pasukan ‘underdog’ perlu memberi fokus penuh terhadap permainan selain berusaha memberi persembahan penuh komitmen.

Ketua Jurulatih Perlis, Salim Tofel Mohamad berkata, setiap pemain yang bakal diturunkan pada pertemuan dengan skuad The Red Warrios itu juga diingatkan supaya tidak gentar dan terlalu menghormati lawan kerana dikhuatiri akan menjejaskan persembahan pasukan.“Dalam bola sepak tidak ada yang mustahil. Lihat saja, apa yang berlaku kepada Kelantan yang cemerlang ketika membelasah FELDA United 6-0 boleh tewas mengejut kepada Perak 4-0, selepas itu.
“Justeru, saya harap semua pemain yang menggalas tugas pada perlawanan itu nanti jangan terlalu memikirkan perkara negatif, sebaliknya berfikiran positif bagi memastikan pasukan tidak terus dikecewakan lawan yang sama,” katanya.
Mengenai barisan pada pertemuan itu nanti, Salim yang pernah diamanahkan mengendalikan skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis pada 1982 dan skuad Singa Utara pada 2001 dan 2002 itu berkata, dia tidak bercadang melakukan rombakan terhadap pasukan.

No comments:
Post a Comment