PEMAIN Harimau Muda A, Wan Zack Haikal (kiri) diasak pemain Kedah, Mohd Azmi Muslim dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedah menang 1-0. |
Skuad Hijau Kuning lonjak tangga keempat Liga Super
KEDAH merakam kemenangan keempat berturut-turut untuk melonjak ke tangga keempat Liga Super - dipisahkan atas perbezaan jaringan oleh pasukan tempat ketiga, Kelantan - selepas berhempas pulas menewaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Skuad dikendalikan sementara Radhi Mat Din bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 atas kesilapan pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin.Pada babak pertama, hanya beberapa percubaan tepat dilakukan barisan serangan kedua-dua pasukan yang menyaksikan skuad pelapis negara hampir membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan jarak dekat Syahrul Azwari Ibrahim, namun diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.
Kedah pantas membuat serangan balas dan umpanan kepada Ahmad Shakir Ali hampir menjelmakan gol buat pelawat tetapi penyerang itu terlebih dulu dikesan berkedudukan ofsaid.
Pada babak kedua, skuad kendalian Ong Kim Swee menggandakan asakan tetapi bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza beraksi cemerlang memastikan gawang pasukannya kebal untuk menafikan usaha Harimau Muda mencari ketiga berturut-turut.
Kedah yang dijangka bakal dikendali Wan Jamak Wan Hassan bulan depan, beberapa kali melepasi benteng Harimau Muda diterajui pemain kebangsaan, Mohd Fadhli Shas, tetapi tiada tindakan penyudah berkesan.

Kemasukan Mohd Firdaus Mohd Fauzi pada babak kedua melihat Kedah semakin bertenaga dan serangan bertali arus pada 10 minit terakhir membuahkan gol apabila sepakan sudut Mohd Fauzi Shaari terkena pertahanan Harimau Muda, Mohd Amer untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
No comments:
Post a Comment