NEGERI Sembilan yang terkial-kial mencatat kemenangan selepas menamatkan pusingan pertama dengan seri 1-1 menentang Pahang, kelmarin bakal memulakan pusingan kedua saingan Liga Super, malam esok, dalam keadaan ‘tempang’ apabila tidak dapat menurunkan barisan terbaik berikutan beberapa pemain utama dikenakan kad amaran selain kurang cergas.
Antara pemain terbabit ialah dua tonggak harapan, Hairuddin Omar yang dilayangkan kad merah dan perancang tengah berpengalaman, Idris Karim, yang sudah menghimpun tiga kad kuning, terbaru ketika beraksi di Kuantan, Selasa lalu.

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengakui berdepan tugas berat merencanakan strategi terbaik berikutan ketiadaan ramai pemain utama, sekalipun memiliki kelebihan beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
No comments:
Post a Comment