MOHD Azraai Khor Abdullah yang kecewa dengan kekalahan Negeri Sembilan kepada pasukan tercorot Liga Super, Perlis, 2-3 Sabtu lalu, mahu pemainnya bersikap positif apabila bertandang ke Stadium Darulmakmur malam ini dan berusaha mengembalikan semula maruah pasukan yang kian tercalar selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.
Ketua jurulatih itu berkata, setiap pemain yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas seharusnya menunjukkan kesungguhan untuk mencari kemenangan.
Ketua jurulatih itu berkata, setiap pemain yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas seharusnya menunjukkan kesungguhan untuk mencari kemenangan.
Sebaliknya, pemain tidak bersungguh-sungguh dan gagal mematuhi arahan yang diberi, selain masih tiada persefahaman antara satu sama lain ketika di padang.“Saya pun tak faham dengan mentaliti pemain atau masalah yang mereka hadapi kerana apa yang jelas, mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membawa kemenangan. Jika terus bersikap negatif seperti ini, prestasi pasukan akan terjejas dan sukar untuk kita mencapai kemenangan dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Negeri Sembilan yang suatu ketika amat dihormati berikutan kejayaan merangkul Piala Malaysia musim 2009 dan mara ke final musim lalu, kini meniti kemerosotan prestasi sekalipun dibarisi ramai pemain berstatus `bintang’.

No comments:
Post a Comment