Thursday, April 21, 2011

Nasib berbeza dua pasukan

DUA pasukan dinaik taraf ke Liga Perdana musim ini, KL Sime Darby dan PPSDM Navy mengalami nasib berbeza. 

Sime Darby menamatkan pusingan pertama Liga Perdana di tangga kedua dengan mengumpul 21 mata selepas mengharungi 12 perlawanan. 

Juara Liga FAM musim lepas itu juga hanya kalah tiga kali selain mencatat enam kemenangan dan tiga keputusan seri. 

Jika kelab dari Kuala Lumpur ini mampu mengekalkan rentak cemerlang di pusingan kedua, tidak mustahil mereka melangkah ke saingan Liga Super tahun hadapan. 

PPSDM Navy pula terperosok di tangga kedua tercorot dalam saingan liga. 

Pasukan dari Pulau Mutiara itu hanya menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir mereka. 

Lebih parah, pasukan lawan sudah membolos gawang PPSDM sebanyak 28 kali. 

Secara logiknya, kelab ini dilihat menjadi pasukan pertama bakal diturunkan ke saingan Liga FAM tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...