Saturday, April 30, 2011

Percaturan seimbang

HARIMAU Muda A tidak akan mengubah percatu-ran ketika mengunjungi Stadium Utama Negeri menentang Perlis dalam aksi Liga Super 2011, malam ini. 

Bagaimanapun jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata pertukaran pemain sebelasan utama tetap akan dilakukannya sama seperti perlawanan lepas. 

“Persiapan kami tetap sama seperti aksi sebelum ini. Namun, seramai enam hingga tujuh pemain ditukarkan di kesebelasan utama. 

“Keputusan ini dibuat kerana saya mahu pastikan semua pemain mendapat peluang beraksi sebagai pendedahan dan meluaskan penga-laman mereka,” katanya. 

Sementara itu, Kim Swee berkata, setiap perlawanan Liga Super menjadi medan memperkukuhkan pasukan sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Qatar di Stadium Al Saad Sports Club, Doha, 13 Jun depan. 

“Persiapan bertemu Qatar tetap berjalan seperti biasa bahkan saingan dalam Liga Super menjadi medan buat pemain melatih dan meningkatkan prestasi diri. 

“Cuma pemilihan siapa yang akan menjadi kesebelasan utama akan tentukan pada hujung bulan Mei nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...