Thursday, April 21, 2011

Impian T-Team dapatkan tiga mata berkecai

IMPIAN T-Team meraih mata penuh di gelanggang sendiri kelmarin berkecai apabila Johor FC dapat menjaringkan gol penyamaan selepas penjaga gol, Syamsuri Mustaffa terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat berikutan masalah kesihatan. 

Ketiadaan bekas penjaga gol kebangsaan itu yang digantikan dengan Mohd Zairi Hafiez Idris membolehkan penyerang Johor FC, Shahrizal Mohd Saad melakukan tandukan cantik untuk gol penyamaan ketika penjaga gol kedua T-Team itu belum panas di awal babak kedua.

Jurulatih Yunus Alif mengakui dia terpaksa merehatkan Syamsuri kerana pemain itu memberitahu penglihatannya terjejas berikutan muntah lima kali sebelum perlawanan berlangsung dan meminta digantikan bagi mengelak keadaan lebih serius.“Saya tiada pilihan lain demi menjaga kesihatan Syamsuri tetapi malang pasukan pelawat dapat menjaringkan gol pada minit ke-48 hasil tandukan Shahrizal,” katanya. 

Menurutnya, perlawanan sepatutnya memihak kepada tuan rumah andai pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti pada babak kedua apabila Indra Putra Mahayudin dijatuhkan pertahanan pelawat. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...