Mahu lupa memori pahit tewas di tangan Selangor, bangkit bertemu Penyu
PERAK mahu menamatkan pusingan pertama dengan nota kemenangan bagi meletakkan pasukan pada kedudukan baik dalam carta Liga Super, sekali gus kekal di landasan tepat menjelang kempen pusingan kedua.

Justeru ketua jurulatih, Norizan Bakar berharap anak buahnya mempamer aksi terbaik apabila turun melayani kunjungan Terengganu di Stadium Perak, malam ini.“Kemenangan penting bagi memastikan pasukan terus berada pada kedudukan baik di akhir pusingan pertama.
“Ini penting untuk menyemarakkan moral pasukan dan penyokong. Setakat ini, Perak berpeluang menduduki tangga kedua di belakang Selangor pada akhir pusingan pertama andai mampu mengutip mata penuh malam esok (malam ini),” katanya, semalam.
Jurulatih Perak itu mahu anak buahnya melupakan keperitan kekalahan 1-0 kepada Selangor, Sabtu lalu dan meraih kemenangan ke atas barisan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim malam ini.
“Matlamat kami ialah menang. Pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan saya yakin mereka tidak akan menghampakan penyokong setia,” katanya.
Namun Norizan sedar Terengganu bukanlah sebuah pasukan yang mudah kerana lawan turut hadir dengan impian meraih kemenangan.
Sehubungan itu, dua pertemuan di pentas suku akhir Piala FA lalu, menjadi rujukannya untuk mencatur strategi bagi memastikan tiga mata penuh dan kekal tanpa kalah di gelanggang sendiri.

No comments:
Post a Comment