Thursday, April 21, 2011

Pemain import suntik kualiti

KEHADIRAN semula pemain import dalam Liga Malaysia andai dilihat daripada perspektif merancakkan bahang tontonan dan menarik ramai penonton membanjiri stadium mungkin menjadi satu realiti. 

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata hala tuju bola sepak negara, terutama dalam mendapatkan khidmat pemain asing, khasnya dalam Liga Super akan dibincang pada Jawatankuasa Penaja Persatuan badan induk itu akhir bulan ini.

Pada firasat beliau, bayangan hala tuju itu adalah bagi persediaan menghadapi musim 2012 seperti dipersetujui ahli gabungan FAM pada sesi percambahan minda, Oktober lalu.“Pokoknya sekarang kita nak merancakkan lagi liga tempatan dan menarik lebih ramai penonton datang ke stadium menerusi cara meningkatkan lagi kualiti di liga tempatan,” katanya, semalam. 

Mengulas mengenai prestasi penyerang sensasi negara, Safee Sali yang berpindah ke ke kelab Pelita Jaya di Indonesia, Tengku Abdullah berkata persembahannya yang mengumpul lima gol peribadi menerusi lima perlawanan yang disertainya sejak Mac lalu adalah perkhabaran baik. 

Katanya, jejak langkah Safee itu diharap akan membuka mata lebih banyak pasukan negara lain mengambil pemain Malaysia bermain di luar negara. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...