Wednesday, April 27, 2011

Terengganu benam Sabah

RAZALI   meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan  di Stadium Perak, malam tadi.
RAZALI meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Stadium Perak, malam tadi.
TERENGGANU merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Super, Selangor selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. 

Tatkala Selangor tercicir mata apabila tewas kepada Kelantan 0-1 di Kota Bharu, Terengganu memastikan tiga mata sekalipun tuan rumah, Sabah mendahului pada babak kedua selepas dengan jaringan Sharul Azhar Ture pada minit ke-59.

Namun skuad Irfan Bakti Abu Salim bangkit menyamakan kedudukan menerusi Abdul Hadi Yahya dua minit kemudian sebelum Wan Mohd Alif Wan Jasmi meledak gol kemenangan pada minit ke-71.Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menewaskan Kedah 3-1 dengan anak buah Yunus Aliff tidak menunggu lama untuk membolosi gawang Kedah menerusi Indra Putra Mahayuddin yang merembat deras hantaran lintang Harris Safwan Kamal, dua minit sebaik permainan bermula. 

Kedah memastikan kedudukan kembali seimbang sebelum rehat menerusi Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Syamsuri Mustaffa selepas pemain pertahanan, Sobri Sulong gagal mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti. 

Namun T-Team menambah dua gol lagi menerusi pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad (m-83) dan Zairol Anuar Zailani pada masa tambahan. 

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah menundukkan Kuala Lumpur 5-3 hasil gol Razali Umar Kandasamy (m-1), gol sendiri Ahmad Dashila Tajuddin (m-34), Fazrul Hazli (m-60), Shafik Jamal (m-66) dan Mohd Nor Hazrul (m86). 
Kuala Lumpur yang dibimbing Razip Ismail merapatkan jurang dengan gol See Kok Luen (m-13), Ahmad Hazwan Bakri (m-64) dan Khairul Anuar Shafie (m-90). 

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Pahang mengecewakan Perlis 2-1 hasil jaringan Faizol Hussain (m-25) dan Famirul Asyraf Sayuti (m-81), sementara Mohd Rizal Ghazali (m-70) merapatkan kedudukan buat tuan rumah. 

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A seri 1-1 dengan Negeri Sembilan hasil jaringan Kavi Chelvan (m-9) dan sekali lagi anak buah Ong Kim Swee terlepas mata penuh apabila Mohd Fadhli Shas tertampan cubaan Shahurain Abu Samah (m-15) untuk gol pelawat. 

Di Stadium KLFA Cheras, FELDA United seri tanpa jaringan dengan Johor FC. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...