PEMAIN Negeri Sembilan ditagih meneruskan persembahan cemerlang apabila turun menentang Harimau Muda A dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini, bagi melebarkan rekod kemenangan berjaya membenam Pahang 3-1, Sabtu lalu.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah mahu anak buahnya menjadikan kemenangan itu sebagai pembakar semangat dalam usaha meletakkan kembali di landasan sebenar selaku bekas juara Piala Malaysia dan Piala FA.

“Saya amat berharap setiap pemain memberikan persembahan terbaik dengan mengekalkan persefahaman dan kerjasama sepasukan untuk memastikan kemenangan kedua selepas mengatasi Pahang.“Pemain perlu menggandakan usaha kerana lawan bukan calang-calang, saya pernah membimbing mereka dan tahu kelebihan pasukan itu,” katanya, semalam.
Dalam merencanakan strategi penting itu, Azraai mengakui tidak banyak perubahan akan dilakukannya kerana beberapa pemain utama masih dibelenggu kecederaan dan penggantungan, termasuk Hairuddin Omar, Mohd Shaffik Abd Rahman dan S Kunalan (tengah) manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang cedera juga belum dapat dipastikan.
Namun perancang Idris Karim bakal kembali memperkuatkan jentera tengah pasukan selepas pulih daripada kecederaan.
“Saya mungkin menurunkan barisan sama ketika menentang Pahang dengan mempertaruhkan pemain muda Mohd Firdaus Azizul, Mohd Khairul Ridwan dan Mohd Fiqri Adzwan, selain membawa masuk Asmawi Hassan,” kata Azraai.

No comments:
Post a Comment