Friday, April 22, 2011

Pos Malaysia tekad bangkit di pusingan 2

TEWAS sekali tidak bererti mengaku kalah! Itu kata-kata semangat diterbitkan Pos Malaysia untuk bangkit pada pusingan kedua saingan Liga Perdana, musim ini selepas empat kemenangan, lima seri dan tiga kalah pada pusingan pertama. 

Bakal berkunjung ke Batu Kawan, hari ini, Pos Malaysia meletakkan sasaran membawa pulang tiga mata apabila bertemu pasukan Pulau Pinang bimbingan Robert Scully yang kini berada di tangga tercorot dalam kedudukan liga.

Pengurus pasukan, Shaari Shazali berkata pasukannya masih kekal dengan sasaran awal tersenarai dalam empat pasukan terbaik liga musim ini dan seterusnya menempatkan diri antara 16 pasukan yang akan mara dan bersaing dalam saingan Piala Malaysia.Selepas mengharungi pusingan pertama, Pos Malaysia berada di tangga kelapan mengutip 17 mata. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...