USAHA Negeri Sembilan untuk bangkit melakar kemenangan tampak belum berhasil apabila sekadar seri 11 menentang Pahang dalam saingan Liga Super, di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, namun ketua jurulatih skuad itu, Mohd Azraai Khor Abdullah, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
“Walaupun kita mendahului lawan menerusi jaringan Idris Karim, namun gagal mengekalkan kelebihan itu selepas Hairuddin (Omar) diperintah keluar padang. Pemain saya terpaksa beraksi dengan 10 orang sepanjang 70 minit.

“Ia sesuatu yang sukar untuk mereka hadapinya terutama dalam mengekang asakan tuan rumah yang memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri,” katanya.Dia tidak menafikan usaha meraih mata penuh terjejas selepas Hairuddin dilayangkan kad merah pada minit ke20 selain beberapa pemain utama, antaranya S Kunalan, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang kurang cergas kerana demam.
No comments:
Post a Comment