Tuesday, April 26, 2011

Safee kena lupakan Hong Kong

Terpaksa wakili Pelita Jaya dalam aksi penting kancah Liga Super Indonesia 

SELEPAS lebih dua bulan berkelana ke Jakarta, Mohd Safee Sali akhirnya menjejak kaki buat pertama kali di tanah air semalam, beberapa jam selepas membantu Pelita Jaya menewaskan pasukan gergasi Indonesia, Arema Malang 1-0 dan kemudian dinobat sebagai Atlit Terbaik Lelaki Berpasukan Astro Arena.

Namun, dua kegembiraan itu tidak cukup mengatasi detik kecewa tidak dapat mewakili negara menjelang perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong pada 3 Jun ini kerana dua hari selepas itu, kelabnya, Pelita Jaya berdepan perlawanan penting dalam kancah Liga Super Indonesia.“Saya merindui aksi bersama pasukan kebangsaan, tetapi untuk perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, saya mungkin terpaksa melupakannya kerana Pelita Jaya ada perlawanan penting pada 5 Jun,” kata Safee selepas dilantik sebagai duta Tune Talk di ibu negara, semalam. 

Turut sama dilantik sebagai duta syarikat berkenaan ialah penjaga gol kebangsaan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat. 

Safee dilapor akan dipanggil menyarung jersi kebangsaan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi Pelita Jaya bakal berdepan Persija Jakarta yang menghuni tangga ketiga liga. 

“Ia satu perlawanan besar buat Pelita Jaya. Tanpa kehadiran saya, prestasi pasukan mungkin akan terjejas,” kata Safee yang setakat ini sudah membantu pasukannya merakam lima kemenangan dan satu seri dalam lapan penampilannya. 
“Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan tahap permainan saya. Sebelum berangkat ke Indonesia, saya mahu sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol pada setiap perlawanan. Sekarang selepas lapan perlawanan saya hanya menjaringkan lima gol untuk Pelita Jaya.” 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...