Thursday, April 21, 2011

Azuan yakin Johor FC mampu bangkit

JURULATIH Johor FC, Azuan Zain pasrah dengan kedudukan skuad itu yang menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super di tangga ke-11, namun optimistik betapa barisan pemainnya bakal bangkit pada pusingan kedua. 

Aksi menentang T-Team di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Sabtu ini menjadi titik tolak kebangkitan skuad yang bergelar Lebah untuk keluar dari kelompok bawah liga elit domestik selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang lawan.

Tanpa membariskan pemain yang dianggap terbaik dan masih dibelenggu dengan kegagalan menurunkan kesebelasan utama, bekas pertahanan Johor itu menuntut anak didiknya melakukan perubahan drastik.Azuan tidak mahu lagi pemain yang bakal diturunkan kelak gagal meraih mata penuh di laman sendiri selepas gagal pada aksi pusingan pertama apabila sekadar mencatat keputusan seri dan tewas di gelanggang sendiri. 

“Misi utama Johor FC adalah menebus kehampaan lalu dan setiap pemain perlu mengubah nasib supaya mengelak tanggapan pasukan kelab itu hanya pakar seri sebalik beri komitmen tinggi untuk mencari kemenangan. 

“Saya sudah mengingat semua pemain sama ada pemain senior atau barisan pemain muda tidak terlalu mengamal corak permainan berhati-hati kerana kegagalan menjaringkan biarpun beraksi dengan baik nyata tidak beri faedah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...