NADA keras mula disuarakan pengendali T-Team, Yunus Alif kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang Johor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.
Menurut Yunus, barisan pemainnya diingatkan agar jangan sesekali leka dan hilang fokus, sebaliknya memberikan aksi terbaik sepanjang 90 minit permainan.
Malah beliau turut meminta anak-anak buahnya segera melupakan dua kemenangan yang diraih ketika menentang Kelan- tan dan Selangor awal bulan ini.
"Dua kemenangan itu seperti membuatkan pemain-pemain kami dibuai mimpi buat seketika, sedangkan perjuangan musim ini masih lagi panjang," katanya kepada Kosmo! semalam.
Natijahnya, T-Team terpaksa akur kepada musuh tradisi, Terengganu selepas itu sebelum ditundukkan pasukan bawahan, Kuala Lumpur dengan kekalahan 1-3 Sabtu lalu.
"Sikap terlalu mengambil mudah sesuatu perlawanan jelas telah memerangkap pemain kami sehingga mereka hilang fokus.
"Mereka tidak mempunyai azam untuk menang seperti mana ketika kami menen- tang pasukan hebat. Pemain seperti merasakan mereka terlalu hebat sehingga lupa untuk memberikan permainan terbaik," katanya.
Yunus turut memberi contoh kepada kekalahan 1-3 kepada Kuala Lumpur minggu lalu yang mana telah menunjukkan sikap sambil lewa para pemain.
Katanya, tiga gol yang dijaringkan pasu- kan lawan hanya dalam tempoh lima minit sepatutnya tidak boleh berlaku.
"Sukar untuk saya menerima keputusan itu dan amat mustahil untuk melihat gawang kami dibolosi sebanyak tiga kali hanya dalam tempoh lima minit," jelasnya.
SKUAD T-Team dituntut mempamerkan karakter sebenar mereka ketika menghadapi Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini. |
No comments:
Post a Comment