Saturday, April 30, 2011

Perlis yakin kemampuan Krecska

KANGAR - Perlis yakin kehadiran jurulatih baru, Janos Krecska dapat membantu Singa Utara untuk mencapai kemenangan dalam beberapa perlawanan bola sepak Liga Super yang akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, ia berdasar komitmen tinggi dan pengalaman bekas jurulatih KL Plus itu ketika diberi tanggungjawab membimbing barisan muda Perlis.

"Dia (Krecska) memberitahu saya bahawa Perlis mempunyai pemain bagus, cuma mereka (pemain) perlu diberi sedikit lagi bimbingan dan pasti dapat memburu kemenangan sebagaimana diharapkan untuk memperbaikki kedudukan dalam liga," katanya pada majlis menandatangani kontrak jurulatih skuad Perlis di Yayasan Pok & Kassim, semalam.

Jurulatih berasal dari Hungary yang pernah menjadi pemain pasukan Perak pada penghujung 90-an bersama rakan senegaranya, Laszlo Repasi itu diikat selama setahun oleh Perlis untuk membantu skuad Singa Utara yang mendudukki tangga tercorot daripada 14 pasukan.

Bagaimanapun, kata Shahidan, kemerosotan Perlis ialah disebabkan langkah pasukan Singa Utara untuk mendedahkan barisan muda khususnya pemain skuad Piala Presiden.

"Dibandingkan dengan pasukan lain, kami (Perlis) sekurang-kurangnya berani memberi peluang kepada pemain muda yang tidak mempunyai nama.

"Kami melihat jangka masa panjang demi pembangunan bola sepak di negeri ini," kata Shahidan.

Sementara itu, Krecska berkata, dia optimis Perlis mampu mencipta kemenangan dalam beberapa perlawanan terdekat malah mampu mengatasi pasukan handalan termasuk Terengganu.

"Saya yakin pemain mampu melakukannya, cuma mereka perlu dibimbing dan diberi motivasi untuk menaikkan semangat juang yang tinggi," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...