PKNS terus mengukuhkan kedudukan di takhta Liga Perdana apabila membelasah POS Malaysia 7-0 dalam aksi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Kemenangan skuad kendalian Abd Rahman Ibrahim itu membolehkan mereka mengumpul 27 mata daripada 11 perlawanan, enam mata di depan pencabar terdekat, Sime Darby yang memintas Sarawak untuk berada di tangga kedua.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, hasrat Sarawak untuk menghambat pendahulu, PKNS Selangor tidak kesampaian selepas dikejutkan Johor 2-0.Tuan rumah menyentap semangat Sarawak dengan gol pertama pada minit ke-30 menerusi rembatan leret Mohd Shoufiq Mohamad Khusaini dan Zulindra Shah Putra Adam.
Di Stadium MP Selayang, Sime Darby melonjak ke tangga kedua liga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia 3-0.
Di Stadium Olahraga USM, tuan rumah gagal memanfaatkan aksi tempat sendiri apabila tewas kepada MP Muar 2-3. Gol pelawat dijaringkan Mohd Fitri Omar pada minit ke-12 dan sepakan penalti minit ke-64 serta gol Mohd Fauzi Abdul Kadar minit ke-75, manakala USM memperoleh gol menerusi penalti Manzoor Azwira Abd Rahman pada minit ke-50 dan Mohd Hafiz Abd Rahman (84).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, hasrat SDM Navy mencatat kemenangan pertama musim ini terus tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Polis.
Di Stadium Batu Kawan, perlawanan antara Pulau Pinang dan Harimau Muda B yang dilangsungkan pada sebelah petang berkesudahan 0-0.
No comments:
Post a Comment