PENGENDALI ultrasmalaya.net, Arif Billah Idris yakin dengan kemampuan Malaysia mencipta kejayaan dalam dua kejohanan terbesar bola sepak, Jun nanti.
Ketika ini, skuad Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee dan Harimau Malaya bimbingan K Rajagobal bakal bersaing dalam usaha membawa kecemerlangan negara di peringkat Olimpik dan Piala Dunia.
Arif berkata, sebagai penyokong tegar Malaysia, mereka tetap menerima sebarang keputusan dengan hati terbuka pada kedua-dua perlawanan itu nanti.
Menurutnya, tidak kira siapa yang menyarung jersi pasukan kebangsaan soko-ngan tetap akan diberikan.
“Harapan kami tinggi kerana ia melibatkan pasukan kebangsaan yang bakal beraksi di dua kejohanan terbesar bola sepak.
“Kami yakin Malaysia mampu melakar kejayaan ke peringkat seterusnya, namun jika keputusan sebaliknya berlaku, kami tetap setia berdiri di belakang pasukan negara,” katanya.
Arif berkata, mereka sedia menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya dipilih menjadi tuan rumah membabitkan pasukan Malaysia.
Menurutnya, ahli Ultras Malaya seluruh negara bakal turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral.
No comments:
Post a Comment