Saturday, April 2, 2011

Kedah tekad kekal aksi mantap benam K Lumpur

BARISAN pemain Kedah mahu memastikan terus cemerlang apabila berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras dalam saingan Liga Super, malam ini. 

Selepas mengatasi Terengganu dalam perlawanan liga lalu dan semangat pemain masih membara dengan kemenangan itu, ketua jurulatih Radhi Mat Din yang mengambil alih tugas daripada Ahmad Yusoff yang direhatkan, mahu memastikan pulang dengan tiga mata penuh.



“Pemain mula yakin dengan diri sendiri dan semangat di dalam pasukan ketika ini tinggi sejak kami meraih kemenangan kedua musim ini mengatasi pasukan tangga ketiga Terengganu.
“Saya sudah bersemuka dengan pemain dan mereka sedar pertemuan dengan Kuala Lumpur esok (malam ini) adalah titik peralihan untuk kami terus meningkatkan kedudukan dalam carta liga selepas tercicir agak jauh di belakang pasukan kelompok atas. 

“Saya yakin kami mampu mengatasi lawan esok (malam ini) berdasarkan kehadiran semula beberapa tonggak utama seperti Azlan Ismail, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Amar Rohidan,” kata Radhi. 

Rehat dua minggu memberikan peluang kepada barisan pemain menilai semula prestasi dan mengenal pasti kelemahan yang mengakibatkan Kedah berputih mata pada beberapa perlawanan yang sepatutnya menang. 

“Barisan serangan yang diketuai Azlan dengan Baddrol (Bakhtiar), Khyril dan Faizal Abu Bakar harus menyempurnakan setiap peluang yang terhidang,” kata Radhi. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...