FAHMI pamer aksi cemerlang apabila berjaya mengawal gawang tanpa bolos ketika berdepan Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Johor FC, Kedah dan Negeri Sembilan. |
Gawang Red Warriors belum terbolos selepas enam perlawanan
KELANTAN harus menghambur pujian ke atas Khairul Fahmi Che Mat yang tampil gah menafikan Negeri Sembilan daripada mengutip mata penuh di Paroi, malam kelmarin.

Ketangkasan penjaga gol utama Red Warriors itu yang mengawal baik kubu pasukan menjadi penyelamat kerana andai dia tiada, pelawat mungkin pulang menggigit jari.
“Sebagai penjaga gol, saya akan pastikan gawang tidak mudah bolos dan saya berusaha memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan tanggungjawab digalas mampu dilaksanakan baik.
“Saya akui tanggungjawab sebagai penjaga gol adalah berat sama juga dengan rakan sepasukan kerana misi kami adalah mengekalkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Berdasarkan enam perlawanan pusingan kedua Liga Super setakat ini, Khairul mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mengawal gawang tanpa bolos ketika berdepan Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Johor FC, Kedah dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui anak buahnya mempunyai beberapa peluang terbaik menjaringkan gol tetapi gagal dimanfaatkan jentera serangan.
Bagaimanapun, dia optimistik pasukannya mampu memberi cabaran dalam perebutan takhta liga yang kini disandang Selangor dengan kelebihan dua mata.
“Apa pun, tumpuan kami selepas ini adalah ke arah separuh akhir Piala FA menentang Selangor, Jumaat ini (esok),” katanya.

No comments:
Post a Comment