ONG Kim Swee meletakkan sasaran agak realistik iaitu ‘meragut satu mata’ daripada Lubnan di tempat lawan pada 19 Jun sebelum hadir menjerat lawan mereka di Kuala Lumpur dalam perlawanan kedua kelayakan Olimpik zon Asia.
Perlawanan pertama jelas misi besar bagi pengendali berkenaan yang harus dilunaskan sebelum Lubnan bertandang ke ibu negara pada 23 Jun ini - sekali gus memastikan skuad Olimpik kebangsaan mara selangkah lagi.“Saya sasarkan sekurang-kurangnya keputusan seri dicatat di Beirut,” kata Kim Swee. “Persiapan pasukan memang tidak menjadi masalah, tetapi saya masih perlu menyaksikan sendiri corak permainan lawan sebelum mencatur strategi permainan di Beirut nanti.“Buat masa sekarang, memang saya tiada apa-apa maklumat mengenai pasukan Lubnan, baik mengenai pemain mereka atau pun corak permainan. Satu-satunya peluang yang ada mengkaji pasukan ini ialah menerusi perlawanan persahabatan mereka di Turki awal bulan depan.
“Jika saya terpaksa ke Turki untuk menonton perlawanan berkenaan, saya akan ke sana. Ini penting supaya pemain dapat menjangka aksi lawan apabila bertandang ke Beirut.” Pasukan Olimpik negara akan berkumpul untuk latihan pusat pada 29 Mei ini.
Sebelum perlawanan berkenaan, Kim Swee akan menguji skuadnya pada dua perlawanan persahabatan - menentang Kemboja dan Qatar - di Phnom Penh dan Doha bulan depan. Bagaimanapun hanya selepas perlawanan menentang Kemboja dia akan menamakan skuad terakhirnya.
“Bayangan skuad utama sudah ada dalam fikiran saya, tetapi saya masih perlu menguji mereka di Kemboja sebelum membawa 22 pemain ke Doha dan terus ke Beirut,” kata Kim Swee yang kini mempunyai 26 pemain dalam senarai awalnya.
“Saya gembira melihat prestasi pemain semakin meningkat, terutama selepas mengutip pengalaman bermain dalam Liga Super. Saya harap selepas tidak lagi berada dalam Harimau Muda, pemain-pemain ini dapat terus beraksi bersama negeri masing-masing dalam Liga Malaysia.”

No comments:
Post a Comment