Sunday, May 15, 2011

Penyu belum selesa – Irfan

KEMENANGAN 3-2 Terengganu ke atas Pahang pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA, kelmarin belum menjamin tempat buat skuad Penyu ke peringkat akhir musim ini. 

Jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim berkata, bagi memastikan kelebihan gol tidak sia-sia, beliau akan menurunkan barisan terbaik menjelang pertemuan timbal balik separuh akhir kedua, esok. 

Pada pertembungan di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin, Irfan Bakti bangga dengan prestasi anak buahnya yang melakukan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan 2-0 di babak pertama. 

Gol Terengganu diperoleh menerusi jaringan Mohd Ashari pada minit ke-63 sebelum Wan Mohd Afif Wan Jasni menyamakan kedudukan pada minit ke-81. 

Tandukan Mohd Ashari Samsuddin pada minit ke-88 membantu Terengganu bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengatasi Pahang 3-2.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...